Melakukan aktiviti jual beli wafel dan dinar emas,jongkong perak dan dirham..
Tuesday, September 13, 2011
Naik turun harga emas
Bagi aku.. kita kena jelas.. why?.. kenapa kita sebagai muslim.. mesti simpan emas?.. kita tak mau.. kita beli emas juta ringgit.. ratus ribu ringgit.. sebab ikut-ikut.. orang lain beli.. kita beli.. orang jual.. kita jual.. tak mau macam tuu..
Akibat dia nanti.. bila emas turun sikit.. kita dah goyang.. takut jee.. bila emas naik.. kita happy..
Bagi aku.. kita mesti ada satu alasan konkrit.. kenapa kita simpan emas… dan alasan tuu mesti berpandukan Al Quran.. jadi baru best.. baru ngam.. jadi bila orang kutuk kee.. orang hantam kee.. kita steady jee..
Ok laa.. al kisah ceritanya macam nii.. semalam aku ada banyak meeting kat sekitar Kajang.. jadi masa waktu Zohor.. aku pun pergi laa masjid Kajang.. lepak-lepak kat masjid tuu..
Sambil aku tunggu azan Zohor.. aku pun ambik Quran.. dan pastu aku baca sikit Quran.. dan baca tafsir dia
Dalam banyak-banyak surah yang ada dalam Quran tuu.. aku pun belasah jee.. baca surah Al Imran.. mula-mula tuu ok jee.. tapi bila aku sampai ayat yang ke 14 – 16.. aku jemm jap broo… Masyaallah.. hebat kuasa muu Ya Allah..
Aku jumpa ayat nii.. maksud ayat 14 tuu.. “Dijadikan indah kepada manusia dengan keinginan-keinginan nafsu; perempuan, anak-anak, harta benda yang melimpah ruah daripada emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang peliharaan dan tanam-tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan kepada Allah jualah tempat kembali yang sebaik-baiknya”
Pastu ayat yang ke 15 lak.. : Katakan lah, “Mahukah kamu Aku khabarkan apa yang lebih baik daripada itu?” Bagi orang-orang yang bertakwa (kepada Allah) disisiNya terdapat syurga yang sungai-sungainya mengalir di bawah. Mereka kekal didalamnya. Dan (ada pula) para isteri yang suci lagi bersih dan beroleh keredhaan Allah. Dan Allah sentiasa Melihat akan hambaNya
Ayat 16 lak.. : Iaitu orang-orang yang berdoa “Wahai tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman. Dengan itu ampunilah segala dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari seksaan api neraka
Mashaallah bro.. magic benda nii broo.. dari masalah aku nak tahu.. pasal inflasi, Islam sedang membangun, negara barat nak bankrap dan emas naik nilai.. sekarang jumpa benda nii lak broo
Pastu lak.. bila aku hubungkaitkan penemuan aku sebelum nii.. surah Al Kahfi ayat 9 – 26.. pastu tengok lah faedah surah Al Kahfi.. bole elak fitnah Dajjal.. pastu refer lak ayat nii.. Surah Al Imran.. ayat 14.. terangkan pasal impian setiap manusia.. pastu refer surah Al Imran ayat 16.. pasal beriman pada Allah..
Aikkkk pelik laa benda nii kekawan.. aku tak mau ulas panjang lebar benda nii.. sebab aku bukan Ustaz… dan aku bukan pakar dalam Al Quran.. Cuma apa yang aku nampak setakad nii.. aku sebagai sorang juruukur nii.. ia ada kaitan cerita pasal Imam Mahadi.. Dajjal.. dan Nabi Isa
Ayooo takutnya kekawan.. apa pun.. Insyaallah benda nii aku akan refer ngan Ustaz.. supaya lebih jelas.. Insyaallah info yang aku dapat dari Ustaz nantii.. aku akan share ngan korang lak
Pandangan aku..
Kalo macam nii keadaan dia.. apa yang aku nampak setakad nii.. harga emas dan perak Insyaallah gerenti naik.. Orang Islam yang akan naikkan emas dan perak.. dan negara di dunia pun lebih yakin dengan emas dan perak.. berbanding US Dolar.. terutama China dan kuasa besar yang lain
Tapi macam mana pun.. pihak barat akan sedaya upaya.. buat spekulasi harga emas & perak.. naik turun.. naik turun kan harga emas.. supaya nak wujudkan keraguan kepada masyarakat.. tapi buat macam mana pun.. harga emas pasti naik.. ianya bertepatan kalo kita ambik ikhtibar dalam surah Al Kahfi tadi
Sebab tuu.. kita sebagai muslim.. kita kena naikkan gold.. dan bukan ketawa.. seolah-olah.. orang yang simpan gold nii.. orang yang bodoh.. jangan macam tuu.. kita muslim.. kita sesama.. beli gold.. simpan gold.. nii peluang terbaik kita.. untuk jatuhkan kuasa besar.. dan Islam akan naik
Selain tuu aku nampak.. apa yang aku monitor selama nii.. naik turun emas dalam KITCO.COM.. kat PUBLICGOLD.COM.. sebenarnya aku monitor.. bukan naik turun emas sebenarnya… tapi lebih dari tuu.. iaitu kebangkitan Islam kekawan… peratusan kebangkitan Islam broo
Dari segi pendidikan anak aku lak.. aku cadang nak hantar Si Naufal aku ke sekolah Cina.. ehh bukan cadang.. dah dapat pun.. sebab nak dia blaja cakap Mandarin.. sebab aku nampak China akan jadi kuasa besar.. tapi bila refer ngan Quran.. apa yang berlaku.. apa yang akan berlaku.. aku nampak.. Islam yang akan naik.. jadi blaja Islam yang terbaik.. jadi nak kena mintak sekolah agama lak nii.. Insyaallah
Dari segi simpan emas lak.. aku nampak.. yang terbaik simpan dalam bentuk emas fizikal.. sebab apa kena simpan dalam emas fizikal.. yang nii aku nak kena refer Ustaz.. tapi tujuan dia.. nak elak dari fitnah Dajjal
Kalo korang ada duit.. sebaiknya tukar lah duit kertas korang dalam bentuk gold.. kita ambik ikhtibar dari surah Yusuf.. 7 tahun senang.. 7 tahun susah.. jadi kalo korang punya perbelanjaan sebulan katakan RM1000.. jadi pastikan korang ada simpanan emas RM1000X 12 bulan x 7 tahun.. iaitu RM84,000.. simpan dalam emas fizikal.. untuk persiapan kita.. hadapi saat datangnya fitnah Dajjal.. Itu ikhtiar kita laa
Apa pun.. semua kat atas tuuu.. pandangan aku jee tau.. mana-mana yang baik tuu.. korang ambik.. mana yang tak baik tuu.. korang letak tepi.. atau korang refer Ustaz
Mudah-mudahan ngan kita bincang macam nii.. buatkan kita selalu berfikir.. kalo GPS tuu.. kita perlu tahu.. kat mana “my position” dan ke mana aku punya “my destination”
Aku pesan diri aku… isteri & anak-anak aku.. dan korang semua.. jom kita kembali kepada Islam.. kembali kepada Al Quran.. Islam The Best.. Insyaallah Islam gerenti naik.
Sumber:
http://www.mindahartawan.com/2011/09/14/korang-bukan-monitar-naik-turun-emas-sebenarnya-tapi-lebih-dari-itu-apa-yang-korang-monitor-ialah-naik-turun-islam/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment